Agong beratur beli KFC

TEMERLOH 21 Jun- Kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sebuah restoran makanan segera, KFC di sini mengejutkan pelanggan dan kakitangan restoran itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membeli makanan di sebuah restoran makanan segera di Temerloh.

Malah tindakan Al-Sultan Abdullah dan juga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang beratur dan membeli sendiri makanan di kaunter restoran menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.