10 foto terbaik untuk Julai

Reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin
Suhu di Mekah yang mencecah 33 darjah celsius pada pukul 8.35
Bapa kepada Pegawai Kadet Laut yang maut akibat dibuli, Zulfarhan
Siti Hajar Mohamad(kiri) dan Nurul Fitrah Ismail tidak melepaskan
Pemain Kedah, Mohd. Fadzrul Danel Mohd. Nizam menjaringkan gol
Siti Fatimah Ropi bersama adiknya, Omar bermandi manda di muara
SEORANG pengusaha membawa sebakul durian dengan menunggang motorsikal

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Bulan Julai berakhir dengan majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Kemesraan baginda dengan Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menjadi perhatian lensa kamera.

Turut menjadi perhatian pada Julai ialah SUltan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar segak bergaya menunggang motorsikal berkuasa tinggi semasa program Kembara Mahkota Johor kali ke -22 turut direkodkan lensa untuk keluaran ini.

Ratusan ribu jemaah yang mulai berkumpul di Baitullah dirakamkan jurufoto yang turut berada di sana menunggu menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima itu selain gol tunggal perlawanan akhir Piala FA 2019 antara pasukan Kedah dan Perak menghiasi peristiwa bagi Julai 2019.

Isu sosial yang menyelubungi persekitaran semasa terutamanya pelajar sekolah dengan penggunaan vape tanpa terkawal dan penempatan isu di Bukit Malut, Langkawi dikompilasikan juga dalam album terbaik ini.

Rakaman seorang bapa bersyukur selepas keputusan Mahkamah Tinggi, berswafoto berlatar belakangkan tangki gergasi, meraih buah durian dengan motorsikal dan sesi fotografi luar pelakon dan model Amelia Thripura Henderson turut terpilih menghiasi koleksi foto terbaik Pilihan Editor bagi Julai 2019 rakaman jurufoto XPERTLINES.