Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa Mohamed Embong, 66, dari Kampung Rhu Dua meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli ayam di pasar berhampiran sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Difahamkan, mangsa dikatakan membuat pu­singan U secara tiba-tiba hingga menyebabkan pemandu bas eks­pres ke Muar, Johor itu gagal menghentikan kenderaan sebelum merempuh motosikal mangsa.

Bas yang membawa lima penumpang dari Kuala Terengganu itu turut merempuh sebuah pondok bas di tepi jalan.