Pengasas produk jenama itu, Supia Saupi berkata, rangkaian produk kecantikan kulit terbaru itu telah diformulasi khas bagi membendung penuaan kulit wajah serta disasarkan untuk menembusi pasaran tempatan.

“Dengan ekstrak buah aloe vera yang berkualiti tinggi, Ufora Night Serum sangat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit muka untuk semua lapisan umur. Ia mampu merawat kulit muka yang bermasalah seperti jerawat, parut, kulit muka berlubang, mengecilkan pori-pori dan juga mampu mencerahkan kulit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Supia, Ufora Skincare mempunyai konsep dan set penjagaan yang ringkas, tetapi berkemampuan menyelesaikan kesemua masalah kulit.

Katanya, dengan hanya satu produk sahaja, ia mencukupi untuk menjaga kulit muka wanita pada waktu malam.

Bagi kegunaan waktu siang pula, kata Supia, Ufora Skincare menyediakan Ufora Suncreen untuk merawat kulit dan juga untuk melindungi sinaran cahaya matahari atau SPF50.

“Formula anti penuaan yang terkandung dalam Ufora Suncreen ini mampu membuatkan kulit muka pengguna kekal muda dan anggun,” ujarnya.

UFORA
 

Dalam pada itu, Ufora Skincare turut tampil dengan produk pencuci muka, Ufora Facial Foam yang mengandungi bahan ekstrak buah kranberi yang mana ia mampu melembut, menstabilkan dan melembapkan kulit muka,

Ufora Skincare juga mampu membersihkan kulit muka jauh ke dalam liang pori selain mencerah dan menegang dan mengilatkan kulit muka para pengguna. - UTUSAN ONLINE