Namun, SMS Wellness Beverages Sdn. Bhd. yang diterajui anak muda, SM Fauzi SM Shalahuddin selaku Pengarah Eksekutif cukup berbeza kerana produk keluaran syarikat bumiputera itu turut menjalani proses penyelidikan yang teliti.

Menurut Pengurus Besar syarikat yang beroperasi di Rawang Perdana, Mohamad Azhar Abd.Halim, pasukan penyelidik mereka diterajui Farouk Abdullah yang mempunyai pengalaman dalam bidang Nutrisi dan rawatan penyakit kanser selama 25 tahun.

“Kesemua produk minuman kesihatan ini dikeluarkan di bawah jenama BellaSynergy dan walaupun baharu beroperasi setahun yang lalu namun kini sebanyak enam produk minuman kesihatan telah berjaya dihasilkan dan kesemuanya dijamin halal,” katanya.

Antara produk yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan para pengedar ada tiga iaitu dua jenis Air Minuman Botani yang dikenali dengan nama Royal Heart Tonic dan Smoker Elixir, manakala Teh Kombucha iaitu formulasi teh organik hasil daripada simbiosis asli kultur bakteria dan ragi.

Katanya, ketiga-tiga produk ini mempunyai fungsi yang cukup berkesan dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan masyarakat, misalnya Air Minuman Botani BellaSynergy sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, pesakit strok, gout, tekanan darah tinggi dan rendah.

“Kandungannya mengandungi bahan-bahan mentah semula jadi seperti bawang putih segar, lemon segar, halia segar, cuka epal, kulit kayu manis dan madu tualang asli yang cukup berkesan untuk kesihatan dalaman.

Pengambilan secara konsisten sekali pada waktu pagi dan malam dapat membantu menurunkan berat badan, mencairkan kolesterol dalam salur darah, merawat masalah kelamin dan memekatkan air mani,” ujar beliau.

Selain itu, beliau memberitahu Teh Kombucha formulasi teh organik merupakan minuman tradisional hasil penapaian larutan teh dan gula dengan menggunakan mikro kombucha (cendawan teh) dan ditapai selama lapan hingga 12 hari.

Berdasarkan beberapa testimoni yang dilakukan oleh pengamal minuman ini, mereka memberitahu kedutan dan tompok-tompok perang pada kulit semakin berkurangan. Perubahan itu berlaku kerana cendawan yang dihasilkan melalui proses penapaian teh ini yang didakwa berfungsi sebagai pelembap kulit dan dikatakan sebagai antikanser.

“Selain itu, air minuman Teh Kombucha juga membantu mencernakan dan membersihkan usus, mengurangkan migrain dan mampu membantu pesakit asma. Ia sesuai untuk semua golongan seawal usia tujuh tahun,” katanya.

Di samping itu, terdapat beberapa produk lain dikeluarkan antaranya Air Minuman RO dengan tujuh perisa buah-buahan tanpa gula, Rose Honey Apple Cider dan Air Minuman Kopi ekstrak buah tunjuk langit (Mahagony Coffee) dalam pek jenis 2 dalam 1 dan 3 dalam 1.

Melihat kepada kualiti produk dihasilkan, SMS Wellness Beverages Sdn. Bhd. kini sedang giat melantik ajen-ajen mempunyai jaringan yang baik bagi memasarkan produk jenama BellaSynergy secara tersusun di seluruh negara.

Setakat ini, terdapat sebuah syarikat yang beroperasi di Melaka menggunakan perkhidmatan Pengeluaran Peralatan Tulen (OEM) yang ditawarkan SMS Wellness Beverages Sdn. Bhd. berjumlah 60,000 botol sebulan.