Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

HAMPIR tiga bulan saya membuat kajian, bagaimana hubu­ngan jumlah pengikut setia yang dikumpul oleh jenama-jenama besar selama ini de­ngan perkembangan jualan yang mereka peroleh setiap tahun. Baharu beberapa minggu sahaja, kajian ini sudah menampakkan hasil. Pemerhatian yang amat teliti tentang tingkah laku mereka yang wujud di rangkai­an-rangkaian media sosial, laman web dan juga di luar internet dilakukan.

Pengikut setia adalah golo­ngan yang kita sasarkan sebagai bakal pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan kita satu hari nanti. Mereka merupakan golongan yang begitu percayakan jenama kita, wawasan, perjalanan perniagaan kita dan sanggup mempertahankan kita sekiranya terdapat ‘serangan’ daripada luar serta sanggup juga menjadi promoter kepada produk tanpa sebarang bayaran. Cuma mereka masih belum bersedia untuk membeli sahaja.

Ia berbeza dengan para pengikut biasa, yang masih lagi dalam proses untuk membina keyakinan mereka terhadap jenama anda dan mencari alasan terbaik untuk percayakan jenama anda. Jumlah pengikut biasa tidak akan dapat menjadi petunjuk yang kuat untuk sesuatu jenama itu menukarkan mereka menjadi pembeli berbayar kerana tahap kepercayaan mereka yang belum lagi kukuh.

Anda biasa melihat di laman-laman media sosial beberapa jenama yang walaupun mempunyai jumlah pengikut yang ramai, tidak semestinya mereka itu semua adalah pengikut tegar. Sangat senang untuk anda kenal pasti mereka. Cuba lihat di rua­ngan bawah setiap status yang dimuat naik. Sekiranya laman media sosial ini mempunyai jumlah pengikut yang tinggi tetapi cuma mempunyai jumlah Like, komen mahupun perkongsian yang amat rendah, ini bermakna pengikut yang ada itu sama ada pengikut biasa, pengikut yang dibeli yang tinggal di luar Malaysia semata-mata untuk menyejukkan hati ataupun boleh jadi juga para pengikut itu adalah robot yang dibeli.

Jenama-jenama yang dinamik biasanya mempunyai pengikut tegar yang ramai. Ini bermakna mereka sentiasa aktif memberikan komen-komen di setiap status yang dimuat naik, ‘menyedekahkan’ Like ataupun terus berkongsi status itu dengan kenalan-kenalan mereka. Perbualan rancak dapat dilihat di sini yang seterusnya menjadikannya suasana kekal ‘hidup’. Mereka, iaitu jenama itu dan juga para pengikut mereka merasa selesa di antara satu sama lain, sentiasa bersembang, bertanya pendapat dan juga mengusik yang seolah-olah mereka ini kenalan di dunia nyata.

Di sini, kualiti kandungan se­perti gambar, infografik atau video yang dimuat naik itu amat-amat penting. Ia perlu disediakan bagi memastikan sesiapa yang melihatnya akan memberikan komen, pendapat mereka ataupun kongsikannya. Paling tidak pun, mereka akan sedekahkan Like. Itu faktor pertama, kualiti kandungan. Faktor kedua terpenting ialah cara untuk memulakan dan menggalakkan komen agar terus wujud. Lebih banyak orang suka, komen, kongsikannya maka status yang dimuat naik itu tadi akan berada lama di News Feed media sosial tersebut. Terlalu banyak jenama di luar sana yang terlalu pentingkan jumlah status yang dimuat naik setiap hari. Bagi mereka, lebih banyak status sehari lebih baik. Ini tidak betul, dan juga tidak salah. Tidak be­tul kerana status itu tadi tidak akan bertahan lama dan status yang dimuat naik terlalu kerap akan membosankan orang. Saya mengatakan tidak salah kerana akan ada orang yang melihatnya, tetapi cuma jumlahnya tidak sampai lima peratus daripada jumlah pengikut yang ada. Terlalu sedikit.

Bagaimana untuk mewujudkan pengikut setia anda yang amat tegar atau dengan kata lain buatkan mereka sentiasa sayangkan anda? Jawapan ini sebenarnya mudah sekali dan ada di hadapan mata kita semua tetapi kita tidak sedar. Malah, saya peroleh jawapan ini setelah tiga bulan mencarinya.

Interaksi yang berterusan dan konsisten.

Ini jawapannya. Sebagai jenama yang dinamik, anda mesti terus berinteraksi dengan para pengikut anda. Hidupkan laman media sosial dan laman web anda. Jawab semua pertanyaan mereka, tanya pendapat mereka, minta pandangan tentang sesuatu, minta mereka komen tentang produk terbaharu anda dan kalau boleh jumpa mereka secara fizikal. Selain rajin berinteraksi, anda juga perlu pastikan mereka juga melihat anda sebagai jenama yang benar-benar dinamik, ceria, berkredibiliti dan berkualiti tinggi. Jika anda mampu lakukan ini, saiz pengikut setia anda pasti akan meningkat dan apabila ini meningkat, jualan juga akan meningkat naik.

AZLEEN ABDUL RAHIM adalah Pakar Pemasaran Digital. Ikuti pandangan beliau di azleen.com

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain