Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM5.88 bilion dana diperuntukkan bagi PKS tahun ini

sme
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan 1/2017 di Pejabat SME Corp, hari ini. - UTUSAN ONLINE/foto BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Julai - Sebanyak RM5.88 bilion dana diperuntukkan tahun ini bagi melaksanakan 167 program pembagunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program pembangunan PKS itu dilaksanakan oleh 16 kementerian dan lebih 60 agensi berkaitan.

Malah, kata Perdana Menteri, inisiatif itu sejajar dengan usaha meningkatkan sumbangan PKS kepada negara dan selaras dengan pengisytiharan 2017 sebagai tahun ‘Mempromosikan Pembangunan PKS dan Permulaan Perniagaan’.

“Saya juga difahamkan hasil utama kaji selidik PKS bagi suku pertama tahun ini menunjukkan prestasi perniagaan PKS semakin bertambah baik.

“Saya yakin matlamat jangka panjang dan hala tuju di bawah Pelan Induk PKS untuk mempergiatkan pertumbuhan PKS ke arah pencapaian status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat direalisasikan,” kata Perdana Menteri ketika berucap sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) ke-22, di pejabat SME Corp, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa

Perdana Menteri berkata, bagi tempoh 2007 sehingga tahun lalu, PKS telah mencatat kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 5.4 peratus, lebih tinggi daripada pertumbuhan tahunan purata ekonomi keseluruhan pada kadar 4.2 peratus.- UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain