Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Prinsip Azlini jangan takut gagal

AZLINI SULAIMAN bersama lima anaknya ketika bercuti di Disneyland, 4
AZLINI SULAIMAN bersama lima anaknya ketika bercuti di Disneyland, Korea pada Disember tahun lalu.

MESKIPUN sudah bergelar guru, Azlini Sulaiman, 41, berasa dia masih lagi mencari identiti sebenar dirinya sehingga tekad berhenti daripada kerjaya itu selepas 10 tahun menjadi usahawan dalam perniagaan jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) di syarikat Sahajidah Hai-O.

Namun tidak semuanya mudah bagi ibu kepada lima cahaya mata itu apabila terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sebelum bangkit semula, termasuk pernah mengalami kegagalan pada tahun pertama menjalankan perniagaan pada 2007.

Pada lima tahun pertama, katanya, dia yang kini menetap di Beserah, Kuantan, Pahang menjalankan perniagaan dengan perlu mencari sendiri pelanggan di merata-rata tempat bagi mencapai sasaran jualan.

“Memang penat, tetapi usaha ini dirasakan berbaloi pada masa itu, walaupun terpaksa pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

“Bermula dengan tidak pandai melakukan jualan, saya belajar sedikit demi sedikit daripada mentor saya yang merupakan ‘petunjuk arah’ kepada apa yang saya ‘jadi’ hari ini,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Berjawatan Crown Diamond Manager (CDM) dalam syarikat membolehkan Azlini mengorak langkah lebih maju sehingga dapat membantu usahawan dalam pasukannya, CLA Elite mencapai sasaran masing-masing.

Azlini kini boleh berbangga apabila ditaja melancong ke luar negara oleh syarikatnya sebanyak tiga kali setahun yang merupakan ‘anugerah’ hasil daripada titik peluhnya saban hari.

“Jika dikenang kembali zaman saya mula-mula berniaga dahulu, saya ego dengan diri sendiri kerana tidak mahu belajar menjadi yang terbaik.

“Namun mentor saya sentiasa mengingatkan saya supaya meningkatkan pengetahuan dalam semua perkara terutama berkaitan dengan teknologi semasa,” katanya.

Azlini berkata, dia mula aktif di alam maya menggunakan teknologi dan internet pada 2014.

“Saya mula menjinakkan diri untuk mempromosikan produk di laman sosial. Alhamdulillah, jualan saya meningkat berkali-kali ganda daripada apa yang disangkakan.

“Medium sosial membuatkan lebih ramai pelanggan mencari saya untuk membeli produk setelah tertarik dengan posting yang disiarkan,” ujarnya.

Ketika ini, Azlini mampu meraih pendapatan sehingga enam angka sebulan hasil jualan secara dalam talian dan pada masa sama dapat membantu pasukannya untuk sama-sama maju dalam jualan masing-masing.

“Syukur, hidup saya kini dirasakan lengkap apabila saya juga mempunyai banyak masa untuk beribadah dan menyertai program agama seperti ceramah, usrah dan aktiviti kebajikan lain. Suami dan anak-anak berada di depan mata. Pada masa sama, saya juga boleh meraih pendapatan yang memberangsangkan.

“Nasihat saya adalah jangan takut untuk gagal kerana itu antara jalan ke arah kejayaan. Jika hati saya tidak kuat dan cekal, saya tidak jadi seperti hari ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain