Masalah berat badan dan kegemukan adalah antara menjadi musuh utama kepada para wanita untuk tampil menarik khususnya kepada wanita yang baru bersalin.

Menyedari realiti itu, Pengasas Iskin Beauty & Health, Nurul Afiqah Hassanal Bolkiah memilih

 

produk kesihatan yang dapat membantu para wanita menyelesaikan masalah itu, Pinkgold sebagai taruhan pertama menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Nurul Afiqah berkata, sebelum memasarkannya, dia yang kini sudah mempunyai dua cahaya mata telah menjadi testimoni untuk produk itu terlebih dahulu.

Katanya, tidak sampai dua bulan mengamalkan Pinkgold, dia telah mendapat semula berat badannya seperti ketika sebelum mengandung.

“Selepas melahirkan anak pertama saya cuba tetapi tidak puas hati, jadi saya cuba juga semasa anak kedua. Memang nampak perbezaan ketara.

“Tidak perlu berlapar dan lakukan senaman berat malah paling bagus tidak sakit perut atau rasa hendak buang air besar seperti sesetengah ubat kurus.

“Minuman berperisa coklat pisang ini sangat sedap diminum dan akan menjadikan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama menjadikan pengambilan makanan kita terkawal dengan sendirinya,” katanya.

Tambah Nurul Afiqah, setakat ini produk itu mendapat respons positif daripada penggunanya.

“Kita baru pasarkan kira-kira sebulan dua, tetapi setakat ini semua mengulangi tempahan. Saya pun tak sangka cepat sangat respons yang diterima tetapi mereka gembira dengan produk ini.

“Pembeli juga tidak perlu risau dengan keselamatan produk ini kerana kita sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Nombor pengkelasan Kementerian Kesihatan Pinkgold adalah 141118/11/021,” katanya.

Bertemakan Sehari Secawan Semakin Menawan membuktikan pengambilan Pinkgold sehari sekali sahaja sudah memadai untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan berat yang ideal.

Menurut Nurul Afiqah, sekotak Pinkgold yang mengandungi 15 sachet serbuk minuman kini dijual dengan harga RM128.

“Tetapi tidak lama lagi kita akan keluarkan pek percubaan yang mengandungi lapan sachet dengan harga yang lebih murah untuk sesiapa yang mahu cuba dahulu.

“Sesiapa yang berminat untuk membeli Pinkgold boleh ke laman Instagram kami, @pinkgoldhq atau tempah di 019-3384646. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan diskaun khas, boleh WhatsApp ‘NAK PROMOSI’ ke nombor tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Afiqah berkata, dia berharap produk itu akan mendapat sambutan membe­rangsangkan dan juga berhasrat membawa produk itu menembusi pasaran luar negara.