Pengarahnya, Norasmah Saad berkata, kejayaan ini membuktikan pelajarnya menggunakan sepenuhnya ilmu kemahiran ditawarkan oleh kolej itu sekalipun ada yang belum menamatkan pengajian.

Beliau berkata, ia juga bertepatan dengan hasrat kolej komuniti yang mahu memberi kemahiran supaya dapat digunakan oleh pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Setakat ini pelajar yang dikenal pasti berjaya dengan perniagaan dalam talian ini sedang mengikuti kursus ditawarkan seperti fesyen, komputer dan elektrik,” katanya selepas majlis Pertunjukan Fesyen bertemakan Diversity 17 oleh pelajar Semester Empat, Sijil Fesyen dan Pakaian di kolej berkenaan di Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang, dekat sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 18 busana hasil rekaan 18 pelajar telah diperagakan oleh model.

Norasmah berkata, buat pertama kali juga tahun ini, pelajar diper­kenalkan dengan subjek baharu iaitu Keusahawanan Digital sebagai pendedahan asas kepada pelajar untuk menceburkan diri dalam perniagaan secara dalam talian yang kini menjadi trend semasa.

Menurutnya, bidang keusahawanan sememangnya diterapkan ke atas setiap pelajar supaya dapat digandingkan bersama dengan kemahiran yang sedia ada.