Jatuh bangun dalam dunia itu telah membuka matanya, bahawa bukan mudah untuk mencapai kejayaan seperti yang dilihat orang.

Bermula dengan menjual produk milik orang, Norsafirah menyedari bahawa ada peluang yang begitu luas dalam bidang perniagaan alam maya. Dengan usaha keras dan bersungguh-sungguh, ditambah dengan kesabaran sepanjang menempuh cabaran, ia pasti akan membuahkan hasil.

Hari ini, mempertaruhkan jenama Safira Beauty, Norsafirah bersama rakan kongsi yang juga bapa mentuanya, Norzaidi Mohamed, 57, menumpukan kepada pengeluaran produk kesihatan, khusus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan secara sihat.

“Pengalaman lalu membuka mata untuk saya mencari formula bagi menghasilkan produk sendiri. Saya dapati, ramai orang sekarang mahu kurus dengan cara yang sihat iaitu mengamalkan senaman dan pergi ke gimnasium.

“Jadi, produk yang dihasilkan ini bukan untuk mereka yang mahu melangsingkan badan tanpa berbuat apa-apa. Mereka perlu berusaha iaitu bersenam dan dalam masa yang sama mengambil makanan tambahan ini agar badan lebih bertenaga,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Menurut Norsafirah, jus kesihatan yang dikenali Velica Five itu mengandungi pati buah delima dan limau purut yang akan menukarkan lemak kepada tenaga terhadap pengguna yang aktif bersenam.

“Kami tidak menyasarkan kepada mereka agar minum dan terus kurus. Setiap pengguna akan diberi panduan terperinci oleh ejen kita apabila mahu mengambil produk ini. Mereka (ejen) telah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan mengenai produk ini sebelum memperkenalkannya kepada pelanggan,” katanya.

Mula dipasarkan sejak Januari lalu, jus Velica Five mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna yang mula menyedari bahawa kurus secara sihat itu lebih berbaloi.

Dengan tempahan mencecah ribuan botol setiap bulan, satu perkara yang perlu dititik beratkan Norsafirah adalah memastikan stok mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan yang menempah secara dalam talian.

Katanya, itu adalah salah satu cabaran syarikatnya agar sentiasa dapat memberikan kepuasan kepada pengguna, bukan setakat pada aspek keberkesanan produk semata-mata.

Menurut ibu kepada dua cahayamata ini, terdapat 
saingan terhadap usahawan perniagaan dalam talian yang menghasilkan produk kesihatan seperti itu pada hari ini. Kelebihan Jus Velica Five terletak pada kandungan yang diolah sendiri oleh syarikatnya dan terbukti dapat memberi kepuasan dan keberkesanan pada tahap optimum kepada pengguna.

“Sehingga kini produk tersebut banyak menerima maklum balas positif setelah menggunakan jus kesihatan ini. Sebab itulah, kita tidak menjual ‘angan-angan’ bahawa sangat mudah mahu kurus. Kita menjual realiti bahawa jika mahu kurus, harus didatangi dengan usaha yang maksimum,” katanya.

Bercakap mengenai pelan masa depan, Norzaidi pula berkata, syarikatnya merancang untuk mengeluarkan produk seterusnya yang juga berasaskan kepada makanan kesihatan tidak lama lagi.

Kelebihan dan sambutan terhadap produk sedia ada menambah keyakinan kepada Safira Beauty untuk terus mara dalam bidang perniagaan online walaupun persaingan sengit sentiasa menunggu di depan mata.