Menteri Kemajuan Luar Ban­dar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ang­ka itu jelas menunjukkan betapa kerajaan sentiasa mengambil peduli tentang peluang pekerjaan serta perniagaan untuk go­longan muda.

“Kerajaan tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menghentam tetapi tidak lang­sung memberi cadangan bagaimana mahu membantu golongan muda memulakan kehidupan. Lihat saja bagaimana baru-baru ini calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekehkan tindakan sesetengah siswazah yang memilih untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan terutama mereka yang menjual nasi lemak dan menjalankan per­khidmatan Uber.

“Saya mahu ingatkan, bukan semua siswazah bernasib baik dilahirkan sebagai anak Perdana Menteri sehingga membolehkan mereka menerima projek kapal dan dari Petronas. Bergelut di awal perniagaan sebelum berjaya itu merupakan perkara biasa dan mungkin akhirnya nanti, perniagaan mereka akan berkembang sehingga mampu membuka francais,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan motosikal serta kit perkhidmatan program itu kepada 76 pe­nerima dari negeri ini dan Perlis di Dewan Jitra, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kajian ke atas 500 peserta program tersebut mendapati seramai 491 peserta berjaya meningkatkan pendapatan melebihi 10 peratus daripada pendapatan asal dengan 431 individu memperolehi peningkatan pendapatan sehingga 30 peratus.

“Pencapaian itu jelas menunjukkan kejayaan program dengan rata-rata peserta mampu memperoleh pendapatan sehingga lebih RM2000 sebulan.

“Sehubungan itu, kami me­netapkan sasaran untuk melahirkan 1,000 lagi usahawan [email protected] pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM10 juta,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pe­nerima yang ditemui jelas bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program tersebut yang disifatkan sebagai peluang keemasan bagi memulakan perniagaan.

Salah seorang daripada peserta itu, Mohd. Shuhairi Hasan, 24, yang merupakan seorang meka­nik berkata, dengan kemudahan motosikal yang diterima itu dia berpeluang untuk membaiki kenderaan yang rosak di mana-mana lokasi pada bila-bila masa.

“Saya merupakan bekas pelatih GIATMARA dalam bidang automotif yang menamatkan latihan pada 2014. Buat masa ini, saya bekerja di bengkel abang ipar di Ayer Hitam, Jerlun.

“Saya berterima kasih kepada kementerian dan kerajaan kerana memberi peluang ini. Dengan motosikal baharu yang mempunyai kotak besar di belakangnya, saya tidak mempunyai masalah untuk mengangkut peralatan bengkel diperlukan ke mana-mana lokasi,” katanya.