Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengurusan Ladang dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, kira-kira 50 orang menyertai projek perusahaan produk melon yang menjadi ikon Terengganu itu di 10 lokasi di seluruh negeri.

"Pada tahun ini pelbagai usaha akan dilaksanakan melalui Jabatan Pertanian Terengganu bagi meningkatkan lagi pengeluaran MMT sehingga sekali ganda sebagai langkah menjadikan MMT sebagai produk popular kepada seluruh negara," katanya kepada media selepas merasmikan penubuhan Koperasi Melon Terengganu Berhad (KOPMET), di sini.

Beliau berkata, dua lagi kawasan telah dikenal pasti sebagai lokasi baharu projek itu iaitu di Kompleks Pertanian Negeri (PKN) Peradong dan KPN Ajil.

Sejumlah 859,200 kilogram dengan nilai RM3.4 juta hasil disasarkan pada tahun ini, katanya. - BERNAMA