Menurut Pengasasnya, Noorsaliza Saad, produk yang berada di pasaran sejak dua tahun lalu itu telah mendapat sambutan memberangsangkan dari pengguna di Lembah Klang dan beberapa negeri sekitarnya.

Beliau berkata, jus ManjaSuri merupakan produk sulung keluaran Koleksi D'Marhain untuk wa­nita yang mementingkan kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.

Katanya, produk itu mengan­dungi kombinasi makanan sunah, rempah ratus tradisional serta buah-buahan terpilih yang berkesan dalam memberi penampilan menarik kepada pengguna.

“Antara bahan yang terkan­dung dalam jus ManjaSuri adalah habatus sauda, kurma, madu, saffran, manjakani, kacip fatimah, akar 44, gam arab serta delima dan air sireh.

“Produk ini juga mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya di sini baru-baru ini.

Noorsaliza berkata, ManjaSuri kini dijual pada harga RM79 bagi Semenanjung dan RM89 di Sabah serta Sarawak dengan isi kandu­ngan sebanyak 510 mililiter.