Namun sebagai kelainan, apa kata Ramadan kali ini anda mencuba sajian istimewa iaitu Kambing Tenpayaki di Dewan Arena CMC yang terletak di Sikamat, Seremban, Negri Sembilan.

Istimewa menu ini apabila daging kambing akan diperap dengan pelbagai herba selama seminggu sebelum dimasak cara tenpanyaki serta dihidang dengan sos lada hitam istimewa.

Malah janji Pengarah Urusan, Cahayamata Catering yang menguruskan dewan itu, Zahriman Harun, setiap hari sepanjang Ramadan ini pihaknya menyediakan antara dua hingga tiga ekor kambing untuk kepuasan tetamu.

Harga bufet berbuka mampu milik dan berbaloi dengan pakej serendah RM33 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Aksesnya ke sana juga mudah melalui Lebuh Raya Lekas dari Kuala Lumpur akan membolehkan anda berkunjung ke Dewan Arena CMC di Batu 2 1/4, Jalan Sikamat, Seremban, Negri Sembilan.