Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JUAL TUDUNG BIAYAI PENGAJIAN

Antara tudung Momoiroscarves yang digayakan oleh beberapa model muslimah. 4
Antara tudung Momoiroscarves yang digayakan oleh beberapa model muslimah.

KEHILANGAN tempat bergantung ketika menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) menjadi pencetus semangat kepada pemilik Momoiroscarves, Nur Azwani Saimi,25, menjalankan perniagaan bagi menampung kos kehidupan.

Pada ketika itu, dia sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Dia menerima berita sedih ayahnya, Saimi Osman yang bekerja sebagai pengajar sekolah memandu meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Pemergian ayah menyebabkan saya terfikir bagaimana mahu menampung kehidupan memandangkan ibu merupakan suri rumah. Jadi, saya menggunakan wang simpanan sebanyak RM200 sebagai modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Saya mengambil tudung bawal di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk dijual kepada rakan-rakan di politeknik sebagai cara mencari wang saku bagi menampung kos perbelanjaan. Walaupun saya mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun hanya cukup untuk membayar yuran sahaja,” katanya ketika ditemui S2.

Lebih dikenali sebagai Wani, pada awal pembabitannya dalam bidang perniagaan, dia perlu berulang alik setiap kali stok tudungnya habis dijual.

“Keluarga saya tinggal di Rawang, saya pula ketika itu melanjutkan pelajaran di Politeknik Seberang Perai. Jadi, saya akan pulang ke rumah pada waktu cuti dan mengambil stok tudung di Jalan TAR. Mulanya memang rasa penat namun, berbaloi kerana ramai yang menempah tudung.

“Pada masa itu, saya mampu memperoleh sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 kos bersih daripada penjualan tudung. Namun, ketika itu, usia masih muda sehingga saya terikut-ikut gaya remaja dan akhirnya duit jualan tudung lesap kerana berseronok bersama rakan-rakan,” katanya.

Selepas kejadian itu, Wani mula terfikir menjalankan perniagaan bagi mencari duit perbelanjaan.

“Saya sedar duit jualan tudung sudah habis. Jadi, saya mencari idea membuka perniagaan menjual tudung jenama sendiri secara dalam talian. Saya bermula dari bawah iaitu mencari fabrik dan mereka sendiri jenama tudung, membuat label tudung, seterusnya menghantar untuk dijahit.

“Saya terpaksa mencari wang memandangkan waktu itu, saya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya menggunakan jenama Momoiroscarves yang bermaksud dalam bahasa Jepun barangan yang comel. Perniagaan ini saya lakukan seorang diri tanpa dibantu oleh sesiapa,” katanya yang turut membayar artis terkenal untuk paid review tudung jenamanya seperti Tasha Manshahar, penulis blog, Irine Nadia serta Dena Bahrin.

Katanya, cuti hujung minggu ketika di kampus digunakan untuk mencari fabrik serta berurusan dengan tukang jahit agar kualiti tudung berada di tahap terbaik.

“Bagi saya, walaupun perniagaan tudung ini mempunyai ramai pesaing namun, sekiranya kita bersungguh dan ikhlas berniaga, kita akan berjaya. Sehingga kini, saya mempunya 1,800 pengikut di laman sosial Instagram dan mempunyai 10 agen dropship.

“Selama tiga tahun saya mampu menjual sebanyak 30,000 helai tudung bawal dan ‘shawl’ yang berharga RM79.00 dan alhamdulillah, dapatlah menampung pengajian saya di UKM,” katanya yang kini menjalani latihan praktikal.

Bagi peminat tudung bercorak bunga yang menggemari kain sutera satin dan satin crepe boleh menghubungi Wani melalui Instagram dan Facebook : Momoiroscarves.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain