Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hikmah di sebalik kehilangan kerja

Norasikin ISMAIL (kanan) dan Wan Abdul Thoha Wan Abdullah, menunjukkan 3
Norasikin Ismail (kanan) dan Wan Abdul Thoha Wan Abdullah, menunjukkan pelbagai jenis roti yang dihasilkan Shes Bakery.

DETIK suami kehilangan pekerjaan setahun lalu memberi satu kejutan besar kepada Norasikin Ismail,41, memandangkan pekerjaan suaminya itu sahaja yang menjadi sumber pendapatan sekeluarga.

Namun detik hitam berkenaan memberi hikmah dalam mengubah kehidupannya yang kini beroleh pendapatan lebih baik selepas menceburi bidang perniagaan.

Norasikin yang dibantu suaminya, Wan Abdul Thoha Wan Abdul­lah,43, kini me­ng­usa­hakan perniagaan makanan She’s Bakery yang mampu memberikan pendapatan lumayan.

Menurut Norasikin, dia amat bersyukur kerana tidak menyangka perniagaannya itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat sehingga memberikan pendapatan lebih lumayan melebihi pendapatan suaminya sebelum ini.

“Ketika mula terdengar berita syarikat suami akan menutup operasi, saya berasa berdebar-debar memandangkan saya tidak bekerja. Bukannya mudah untuk suami mencari kerja lain pada masa kini.

“Bermula dari situlah, saya menjinakkan diri dalam dunia perniagaan dengan mengikuti kursus memasak di Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebelum memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan bakeri,”katanya kepada S2 baru-baru ini.

Menurutnya, dia kini menjalankan perniagaan di rumahnya di Janda Baik, Pahang dengan menyediakan pelbagai jenis roti, kek dan biskut.

Jelasnya, kaedah pemasaran yang digunakan pada masa ini lebih tertumpu kepada penggunaan media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp, selain dipromosikan oleh rakan dan pelanggan.

Norasikin bersyukur kerana produk yang dihasilkannya mendapat permintaan daripada penduduk di daerah Bentong serta daerah berhampiran termasuk Kuala Lumpur dan Selangor.

“Saya bersyukur kerana produk saya terus mendapat permintaan dan pelanggan berpuas hati dengan rasa, kualiti dan harga berpatutan yang ditawarkan.

“Saya menumpukan kepada penyediaan makanan, manakala suami menghantar pesanan. Antara produk yang paling laris adalah kek pandan lapis dan cream puff,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan kepada sambutan yang baik, dia berhasrat untuk terus mengembangkan lagi perniagaan ke seluruh negara.

Norasikin menyimpan impian memiliki sebuah premis perniagaan sendiri bagi membolehkan lebih banyak produk dapat dihasilkan dari semasa ke semasa.

Mereka yang ingin mendapatkan pesanan produk She’s Bakery boleh menghubungi Norasikin di talian 017-9156189/017-9244908 atau melawat Facebook She’s Bakery.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain