NUR IMAN SHAH
NUR IMAN SHAH

Namun Nur Iman Shah Mohamad Najib,33 atau lebih popular dengan panggilan Don Aiman boleh berbangga apabila gincu jenama Nur’Asia yang diasaskannya kini mengorak selangkah lagi apabila berjaya menembusi pasaran di Thailand baru-baru ini.

Katanya, pada asalnya, beberapa produk gincu jenama itu dilancarkan di pasaran negara gajah putih itu dalam skala kecil-kecilan bagi mengkaji trend pasaran di sana.

Namun, apabila seorang ahli perniagaan yang juga penyanyi terkenal di negara itu, Wongpasat Ratipatpornkul tertarik untuk menjalinkan usahasama, Nur Iman Shah tidak berlengah merebut peluang yang datang itu.

“Pasaran di Thailand dikendalikan melalui syarikat induk yang ditubuhkan iaitu Nur’Asia Thailand telahpun mula memasarkan gincu Nur’Asia sejak Disember 2017 lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Katanya, beliau bertambah yakin dengan pasaran di Thailand apabila mendapati gincu Nur’Asia menerima sambutan yang menggalakkan walaupun terdapat banyak saingan.

“Trend positif itu membuatkan saya mengambil keputusan untuk memperkukuhkan lagi perniagaan di sana. Walaupun bukan mudah, tetapi saya melihat prospek pasaran amat positif,” katanya.

Mengenai gincu Nur’Asia, Nur Iman Shah berkata, sejak mula dikenali di negeri-negeri utara Semenanjung, produk itu menerima sambutan luar dugaan kerana bukan sahaja mencantikkan bibir wanita, tetapi memberi manfaat buat kaum lelaki.

“Ini kerana salah satu koleksi gincu Nur’Asia iaitu Multi Purpose Magic Stick yang dihasilkan dari kolagen marin dan madu dihasilkan untuk kegunaan uniseks.

Produk itu adalah pelembab bibir yang berfungsi membantu merawat beberapa masalah kulit sederhana seperti bibir merekah atau ulser di bibir.

“Malah produk itu juga amat sesuai digunakan bagi masalah jerawat, panau dan ekzema yang ringan. Pendek kata, sesuai digunakan dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi, tidak ada apa yang pelik jika lelaki juga mengenakan gincu Nur’Asia,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Nur’Asia sedang giat membuka peluang untuk menjalinkan usahasama dengan pihak luar terutama daripada Indonesia pula bagi melebarkan sayap ke negara itu dengan lebih meluas selepas ini.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan maklumat mengenai gincu Nur’Asia atau menjadi agen atau stokis boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.nurasia.com.my atau menghubungi nombor hotline 012-7780886. - UTUSAN ONLINE