Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Berbaloi miliki barangan Moorlife

How Kam Chiong (kiri) dan Pengurus Pemasarannya, Lee Men Kuin 2
How Kam Chiong (kiri) dan Pengurus Pemasarannya, Lee Men Kuin menunjukkan produk Moorlife yang mempunyai daya tarikan menarik.

BERAPA ramai antara kita peka terhadap bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan bekas makanan dan minuman yang kita gunakan setiap hari?

Tentu sahaja kurang separuh daripada kita yang mementingkan perkara itu. Ini memandangkan hampir tiada kesedaran diberikan mengenai keselamatan bekas makanan dan minuman terutama plastik.

Namun, bagi Creative Mega Network (CMN) International Sdn. Bhd., menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan mentah premium yang mengutamakan keselamatan pengguna adalah prinsip yang mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat negara ini.

“Kita tidak tahu bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan bekas plastik yang dijual pada harga murah di pasaran. Sedar atau tidak, ini memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan.

“Justeru, jenama Moorlife dibawa ke Malaysia bagi memberi pelbagai pilihan kepada pengguna yang mementingkan produk berkualiti pada harga berpatutan,” kata Pengarah CMN International Sdn. Bhd., How Kam Chiong kepada S2.

Terhasil daripada bahan mentah yang menjadikan produk akhir Moorlife bebas toksik, bebas BPA, tahan haba gelombang mikro dan bebas plumbum memberi jaminan keselamatan yang maksimum kepada pengguna.

Produk plastik premium jenama ini juga kata Kam Chiong dihasilkan daripada resin dan pewarna yang mematuhi gred makanan yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat.

Kata Kam Chiong, jenama Moorlife yang berasal dari Indonesia mula tercipta pada 2013 dan sejak itu, ia terus mendapat sambutan di negara itu sehingga mampu menarik lebih 100,000 ahli dalam masa singkat.

Tambahnya, walaupun baru setahun bertapak di Malaysia, Moorlife mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 2,000 pengguna mendaftar untuk keahlian bagi membolehkan mereka membeli produk itu pada harga diskaun sebanyak 30 peratus.

Sehingga kini, Moorlife memiliki keahlian melebihi 10,000 orang dan menyasarkan untuk menambah antara 5,000 ke 8,000 ahli menjelang hujung tahun ini.

“Selain itu, ahli-ahli ini juga berupaya menjana pendapatan bulanan sehingga ribuan ringgit apabila menjual produk sedia ada melalui komisen jualan,” katanya.

Jelasnya, platform online juga membuka peluang luas kepada syarikat itu untuk mengembangkan jenama Moorlife ke seluruh Malaysia dan mendapat sambutan luar biasa.

“Produk seperti ini diminati kaum wanita yang sudah berkeluarga. Barangan seperti ini ‘wajib’ ada di setiap rumah kerana memudahkan pengurusan makanan dan minuman.

“Bukan sahaja makanan dan minuman, malah bekas plastik Moorlife juga boleh digunakan untuk mengisi barangan lain termasuk alat permainan anak-anak dan peralatan jahitan,” katanya.

Selain rekaan dan warna yang menarik, Moorlife juga tampil dengan bekas isian bercorak animasi yang menarik khusus untuk kanak-kanak.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain