Ini menjadikan kesemua negeri di Malaysia memberi kelulusan tersebut selepas yang terbaharu menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 27 April lalu.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, ini membuktikan institusi pelaburan itu amat memberi keutamaan kepada memperkasa produk pelaburan patuh syariah demi kepentingan para pelabur.

"Masyarakat perlu mempunyai pemahaman yang jelas mengenai status dana-dana ASNB terutama ASB memandangkan ia dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

"Ini mendorong PNB untuk mengambil beberapa pendekatan dalam memperkasa pematuhan syariah bagi produk pelaburan yang ditawarkan," katanya ketika merasmikan Persidangan Tadbir Urus dan Jaminan Syariah PNB-USIM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE