Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee
Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, negara ini yang masyarakat muslimnya adalah golongan minoriti, masih baharu dalam penyediaan makanan halal.

Sehubungan itu kata beliau, mereka memerlukan sokongan daripada negara-negara Islam khususnya Malaysia.

"Dianggarkan 30 peratus atlet, pegawai sukan dan delegasi yang terlibat dalam sukan itu nanti merupakan masyarakat muslim dan memberi cabaran kepada mereka (Jepun).

"Jakim pula menawarkan perkhidmatan pensijilan halal kepada usahawan Malaysia yang berminat untuk merebut peluang ini," kata beliau ketika ditemui semasa menghadiri majlis makan malam di atas bot pelancong di tengah-tengah pusat bandar ini malam tadi.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Penaung Halal Japan Corporation (HJC) di negara tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi HJC, Hirobumi Ohsato yang juga Konsulat Kehormat Malaysia di Jepun. - UTUSAN ONLINE