Menurut YES, aplikasi MyYes4G direka dengan paparan yang cepat dan mudah bagi pelanggan YES menguruskan akaun masing-ma­sing sama ada untuk menyemak penggunaan data internet atau ringkasan baki pelan mereka.

Jelasnya, pengguna juga boleh melihat akaun YES dan butiran profil di samping menguruskan beberapa akaun sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.

“Pembayaran bil bulanan, pembelian data tambahan atau isian semula prabayar kini menjadi le­bih mudah dengan menggunakan aplikasi MyYes4G yang mana pelanggan boleh membayar melalui Maybank2u atau kad kredit.

“Pelanggan YES juga akan menikmati promosi terkini dan ganjaran hebat melalui pemberi­tahuan dalam aplikasi tersebut yang diberikan khas secara eksklusif. Bukan itu sahaja, MyYes4G juga hadir dengan ciri khidmat pelanggan bagi memudahkan pengguna menghubungi YesCare dengan pantas,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebagai sebahagian daripada kempen promosi singkat bersempena pelancaran berkenaan, YES memberi ganjaran khas kepada semua pelanggan pasca bayar dan prabayar yang memuat turun aplikasi MyYes4G dengan data internet 4G LTE atau 4G Broadband sebanyak 1 gigabit (GB) percuma.

Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi MyYes4G dan log masuk menggunakan ID YES yang sah sebelum pergi ke pautan Buy Now dan klik ‘Freebies’ untuk menebus data percuma tersebut.

Data percuma tersebut sah bagi tempoh tujuh hari untuk akaun prabayar dan 30 hari bagi akaun pasca bayar serta hanya boleh ditebus sekali bagi seorang pengguna.