Pengarah Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing, Jane Leong berkata, menerusi pengenalan logo baharu dan tiga tiang utama itu, yayasan mempunyai visi baharu iaitu Menjana Semula Harapan, Mewujudkan Perubahan Yang Kekal Dalam Kehidupan Kanak-kanak.

“Untuk mencapai matlamat ini, yayasan mahu bekerjasama dengan ibu bapa, keluarga dan masyarakat ke arah perubahan dalam kehidupan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan selepas Majlis Makan Malam Amal Mah Sing di sini Jumaat lalu.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr. Bala Mohan; Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Yayasan Mah Sing, Datuk Indera Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman; Senator Datuk Dr. Loga Bala Mohan dan Naib Presi­den Pentadbiran Korporat Mah Sing, Puan Sri Sulvian Leong.

Secara keseluruhan, Yayasan Mah Sing menyumbangkan RM2,020,680 semasa jamuan makan malam amal kepada pene­rima sumbangan iaitu Yayasan Pendidikan Tzu Chi Malaysia (RM1,000,000), Penang Flood Relief (RM500,000), Science of Life Studies 24/7 (RM118,150), Good Shepard Services (RM110,000), Yayasan Generasi Gemilang (RM99,250) dan Malaysian Social Research Institute (RM53,280).

Turut menerima sumbangan ialah Chong Hwa Independent High School (RM50,000), Iskul Sama diLaut Omadal (RM50,000), Kiwanis Club of Kluang Mandarin (RM20,000) dan Treat Every Environment Special (RM20,000).

Sepanjang tahun ini, Yayasan Mah Sing telah melaksanakan kerja-kerja amal selaras dengan tiang-tiang utama tersebut iaitu Pendidikan, Kesihatan dan Kese­jahteraan dan Pembangunan Masyarakat.

Di bawah tiang Pendidikan, selain sumbangan RM1 juta kepada Sekolah Antarabangsa Tzu Chi, yayasan menyumbang sebanyak RM99,250 kepada Yayasan Gene­rasi Gemilang dan turut menyum­bangkan RM96,000 bantuan kewangan kepada 80 pelajar SJK (C) Sam Yoke, dengan 49 terdiri daripada pelajar keperluan khas.

Yayasan juga menyumbangkan 1,000 unit kerusi plastik kepada SJ Kebangsaan (C) Pay Fong 1 di Melaka sebanyak RM21,221.20.

Bagi tiang Kesihatan dan Kese­jahteraan pula, Yayasan Mah Sing bersama 50 sukarelawan Kumpulan Mah Sing membantu membangunkan Taman Urban di sebuah tadika untuk pelari­an Rohingya bagi menghasilkan tanaman segar yang dapat dituai untuk makanan atau dijual dalam menjana pendapatan yang kecil.

Untuk tiang Pembangunan Masyarakat, yayasan menyumbang RM1 juta kepada Badan Amal Kasih Ibu untuk menyokong program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan dan menyumbangkan sebanyak RM110,000 kepada Good Shepard Services untuk melaksanakan projek memperkasakan masyarakat yang akan membantu tujuh buah kampung di Mukim Lanas, Sabah.