Apolitical berpangkalan di London adalah rangkaian global bagi kerajaan, penjawat awam mencari idea-idea dan orang ramai yang sedang berusaha menyelesaikan cabaran dihadapi mereka.

Menurut Apolitical, 100 individu berpengaruh itu meliputi pakar-pakar kerajaan digital, ahli akademik juga penjawat awam dan Yasmin dipilih kerana usaha beliau membangunkan ekonomi digital di Malaysia.

Katanya, Yasmin yang dilihat begitu aktif memperkasakan wa­nita di tempat kerja, juga merupakan seorang mentor untuk Lean-in Malaysia.

“Ia adalah senarai pertama seumpamanya yang menampilkan pemain industri antarabangsa termasuk individu dari setiap benua.

“Teknologi digital mengubah hampir setiap aspek kehidupan termasuk kerajaan. Di setiap peringkat kerajaan, kakitangan awam dan menteri perlu memastikan pembaharuan dan mengemas kini konsep bagi era digital,” katanya di sini hari ini.

Kerajaan digital sudah tentu tidak lagi satu perkara baharu, generasi pertama telah diikuti oleh yang baharu dengan visi le­bih jelas.

Susulan daripada itu, Apolitical menumpukan untuk meraikan pemain industri yang be­kerja di dalam kerajaan digital dan bukannya sebahagian daripada perintis yang menggunakan jalan pintas.

Individu berpengaruh dalam kerajaan digital itu telah dipilih oleh melalui pakar dan pencalonan. Senarai penuh boleh dilihat di pautan https://apolitical.co/lists/digital-government-world100.

Antaranya termasuk Pengerusi Dutch Blockchain Coalition, René Penning de Vries dan Ketua Program Inovasi Kerajaan, Bloom­berg Philanthropies, James Anderson.