Video oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN

Aplikasi dan laman web tersebut memaparkan ciri-ciri mesra pengguna yang menyediakan platform interaktif dan maklumat digital pada hujung jari tentang produk dan perkhidmatan terbaharu Yamaha.

Aplikasi Yamaha Motor Malaysia boleh didapati menerusi App Store dan Google Play Store manakala laman web Hong Leong Yamaha Motor mulai tengah malam ini.

Pengarah Urusan Yamaha, Datuk Jim Khor berkata, kemunculan sistem komunikasi berteknologi tinggi telah meningkatkan kaedah interaksi dengan para pelanggannya.

“Kami akan membawa segala yang ada ini bersama-sama inisiatif digital untuk maju ke hadapan.

“Pada masa sama, kami akan meningkatkan tahap perkhidmatan agar lebih berkesan supaya para pelanggan kami terus menikmati pengalaman istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran aplikasi Yamaha Motor Malaysia dan laman web Hong Leong Yamaha Motor, di sini malam ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Yamaha, Shinsuke Yamaura dan Pengurus Besar Jualan Yamaha, Koh Eng Chan. - UTUSAN ONLINE