Pengarah Eksekutif DNC Asia­tic, Hu Ying berkata, sasaran berkenaan merangkumi penjualan dalam pasaran tempatan dan eksport ke Myanmar, Bangladesh dan Kemboja selain mempunyai kilang pemasangan di Sri Lanka.

Menurutnya, DNC Asiatic telah mengeksport kira-kira 10,000 buah motosikal ke pasaran Myan­mar dan Bangladesh tahun lalu melalui kilang pengeluarannya di Olak Lempit, Banting yang mampu menghasilkan 60,000 buah motosikal setahun.



“ASEAN sentiasa menjadi pasaran tumpuan untuk meluaskan perniagaan disebabkan potensi yang ada dengan kami berusaha untuk mengeluarkan motosikal berdasarkan keperluan dan kemahuan masyarakat rantau ini.

“Kami optimis tahun ini bakal menjadi tahun yang positif buat kami terutamanya dari segi penjualan eksport lebih-lebih lagi setelah menandatangani perjanjian pengedaran bagi mengeksport Demak ke Kemboja bermula tahun ini,” katanya kepada pembe­rita selepas majlis menandatangani perjanjian pengedaran antara DNC Asiatic dengan syarikat dari Kemboja, Asian Comfort Investment Co. Ltd.

Perjanjian berkenaan telah di­sempurnakan oleh Ying bersama Ketua Pegawai Eksekutif Asian Comfort Investment, By Sokbundith sambil disaksikan oleh Wakil Kedutaan Kemboja ke Malaysia, Thouk Much Theary.

Perjanjian itu juga menyaksikan Asian Comfort Investment akan menjadi pengedar rasmi motosikal Demak di Kemboja.

Selain kilang di Olak Lempit, DNC Asiatic juga mempunyai sebuah kilang pembuatan di Ku­ching yang juga mampu mengeluarkan 60,000 buah motosikal setahun.