Ketua Pegawai Ek­sekutif Al­li­anz Malaysia, Joseph Gross berkata, program itu diadakan bagi menggerakkan para usahawan memperjuangkan penglibatan sosial di empat negara, Bra­zil, Jerman, Malaysia dan Turki.

Katanya, para peserta berpeluang menerima so­kongan dan bimbingan daripada panel usahawan, pelabur, mentor serta pakar yang berpengalaman untuk membantu mereka mengembangkan tahap ino­­vasi syarikat.

“Allianz Malaysia teruja untuk menyediakan platform penyelesaian inovatif bagi menyokong idea-idea tempatan yang berpotensi untuk memberikan kesan jangka panjang yang mapan dalam kalangan masyarakat.

“Para usahawan sosial berpeluang mendapat pelbagai manfaat seperti perkongsian pengetahuan bagi mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan untuk memastikan mereka mencapai sasaran yang diinginkan,” katanya dalam maj­lis pelanca­ran IRP di sini hari ini.

Yang turut ha­dir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Hub KL, Dr. Shariha Khalid.

Menerusi program itu, sebanyak 10 pasukan dari empat buah negara akan terlibat dalam kajian model, strategi dan pasukan perniagaan mereka secara sistematik sebelum me­rangka pelan pertumbuhan dalam tempoh enam bulan.

Peserta turut akan me­ngambil bahagian da­lam dua sesi bengkel pada Februari dan Jun tahun depan di Munich, Jerman dan ber peluang meraih Anugerah Generasi Masa Depan Allianz bernilai 40,000 euro (RM195,000).

Sementara itu, Dr. Shariha berkata, program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Impact Hub KL untuk menyokong para usahawan dalam memberikan impak ke tahap yang seterusnya menerusi pelaburan.

“Kami tahu betapa pentingnya sokongan kepada generasi usahawan baharu kerana mereka akan membawa perubahan dalam kehidupan pada masa depan. Ia sukar jika mereka tidak menerima bantuan kewangan,” katanya.

Ends