BPB berkata, keuntungan sebelum cukai pula meningkat kepada RM84 juta manakala hasil bagi suku tahun dilaporkan mencecah RM124 juta.

Ujarnya, keputusan lebih baik yang direkodkan dipacu terutamanya oleh keuntungan ke atas pelupusan tanah ladang berjumlah RM120 juta.

“Untuk tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2019, kumpulan mencatatkan untung selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM56 juta dan peningkatan untung sebelum cukai kepada RM70 juta. Hasil pula berjumlah RM259 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE