Menurut PetGas, pendapatan kumpulan turut berkembang 15.5 peratus kepada RM1.35 bilion berbanding RM1.17 bilion tempoh sama tahun lepas.

Jelasnya, peningkatan itu disumbang terutama oleh terminal regasifikasi gas asli baharu kumpulan di Pengerang, Johor, selain hasil yang lebih tinggi daripada semua segmen.

“Hasil daripada segmen regasifikasi melonjak RM135.3 juta atau 82 peratus kepada RM299.6 juta berbanding RM164.3 juta pada suku sama tahun 2017, khususnya melalui sumbangan terminal di Pengerang.

“Kumpulan terus merekodkan operasi yang kukuh dengan pemprosesan gas, pengangkutan dan kilang regasifikasi terus berprestasi baik di atas kebolehpercayaan 99 peratus,” jelasnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE