Pengerusi Eksekutif Kumpulan I-Bhd., Tan Sri Lim Kim Hong berkata, perolehan turun 18 peratus kepada RM375.14 juta daripada RM455.19 juta sebelumnya.

Katanya, prestasi lemah itu disebabkan sumbangan rendah daripada sektor pembangunan hartanah yang turun 20 peratus dalam hasil semasa tempoh tersebut walaupun sektor berkenaan kekal sebagai penyumbang terbesar, menyumbang 96 peratus daripada keputusan segmen.

“Bagaimanapun, persekitaran pasaran pembangunan hartanah yang mencabar diimbangi oleh penambahbaikan dalam segmen lain seperti segmen percutian dan pelaburan hartanah.

“Segmen pelaburan hartanah akan mula menyumbang kepada kumpulan bermula 2019 dan seterusnya,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE