Menurut AirAsia, perolehan naik kepada RM10.60 bilion daripada RM9.71 bilion didorong jumlah penumpang dibawa yang lebih tinggi meningkat 14 peratus.

Katanya, faktor muatan menurun daripada 88 peratus kepada 85 peratus susulan pertumbuhan dalam jumlah penumpang yang dibawa adalah lebih rendah daripada pertumbuhan kapasiti sebanyak 18 peratus.

“Secara keseluruhan, pendapatan bagi setiap penumpang menurun sebanyak tiga peratus kepada RM218 daripada RM225,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE