Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

University of Cambodia namakan Tony Fernandes

TONY Fernandes (tiga dari kanan) bersama ahli akademik University
TONY Fernandes (tiga dari kanan) bersama ahli akademik University of Cambodia di kampus University of Cambodia di Kemboja, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 19 Mei – University of Cambodia menamakan sekolah perniagaan universiti tersebut bersempena nama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Pengerusi dan Pengasas University of Cambodia, Dr. Kao Kim Hourn berkata, sekolah perniagaan universiti tersebut kini dikenali sebagai Tony Fernandes School of Business.

Beliau berkata, pengiktirafan itu diberikan ke atas Fernandes di atas kejayaannya sebagai seorang ahli perniagaan.

“Kami berbangga untuk memiliki sebuah sekolah perniagaan yang dinamakan sempena nama seorang ahli perniagaan yang cukup berjaya.

“Apa yang menjadikan beliau luar biasa adalah biarpun beliau seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya, beliau masih kekal merendah diri dan menunjukkan belas kasihan kepada orang lain melalui sifat dermawan dan sokongan kepada sukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Fernandes berkata beliau berbesar hati dan terharu dengan pengiktirafan besar yang diberikan University of Cambodia.

“Saya tidak pasti adakah saya layak untuk menerima pengiktirafan ini, tetapi saya berharap para pelajar di sini akan mendapat inspirasi daripadanya,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain