AZRB
 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, AZRB berkata kontrak itu adalah bagi projek pembinaan di Jalan Hang Jebat, Jalan Stadium (Victoria Institutions) dan Terowong Chinwoo, jejambat dan laluan pusingan ‘u’ bertingkat, jambatan pejalan kaki, peletakkan semula utiliti sedia ada, menaik taraf dan menambah baik permukaan jalan dan kerja-kerja berkaitan dalam Daerah Kuala Lumpur Bandar.

Syarikat itu berkata kontrak tersebut yang akan bermula 21 Mei ini dijangka siap dalam tempoh 883 hari mengikuti kalendar sekali gus menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan AZRB. - BERNAMA