Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican berkata, UEM Edgenta akan membantu memastikan operasi di Pusat Kecemerlangan Operasi Proton yang terletak di Taman Industri Sime UEP dan kilang pembuatan kenderaannya di Tanjung Malim dapat dioptimumkan.

Katanya, usaha tersebut melibatkan pengubahsuaian sistem pencahayaan, pemasangan dan pengoptimuman Sistem Udara Mampat dan pemasangan Sistem Pemantauan Tenaga bersasaskan sensor Cloud dan IOT di kedua-dua lokasi tersebut.

“Kerjasama ini juga meliputi penyelenggaraan dan perkhidmatan yang komprehensif ke atas kesemua mesin dan peralatan yang dijangka dapat menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 13 peratus,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE