Pengurus Besar (Pembangunan) Uber Malaysia, Karina Ali Noor berkata, kempen yang berlangsung selama tiga bulan sehingga Mei ini akan memberi manfaat kepada pemandu serta pelanggan Uber Malaysia dari segi sokongan, pendapatan dan fleksibiliti.

“Pada bulan pertama, kita akan memberi fokus kepada sokongan terhadap pemandu dan pelanggan Uber Malaysia seperti polisi hilang dan jumpa, penambahan bahasa Malaysia dalam talian bantuan dan elaun membersihkan kenderaan oleh pemandu,” katanya dalam sidang akhbar di Hab Greenlight Uber, dekat sini, hari ini.

Karina berkata, kempen itu dilakukan selepas mengambil maklum balas daripada pemandu dan pelanggan Uber Malaysia meliputi aspek kualiti perkhidmatan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. - UTUSAN ONLINE