Dalam kenyataan hari ini, katanya pelanggan hanya perlu pergi ke mana-mana kedai telekomunikasi dan cawangan untuk mendaftar bagi menyertai kempen tersebut.

Tempoh jaminan wang dikembalikan selama tujuh hari membolehkan pelanggan menikmati tawaran utama pelan pascabayar HERO P99 tanpa had yang bermakna penstriman tanpa had berikutan terdapat data tanpa had dengan tiada had kelajuan.

“Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati panggilan tanpa had dan 30GB data untuk hotspot mudah alih sepanjang tempoh tujuh hari. U Mobile percaya kempen itu merupakan cara terbaik bagi pelanggan menikmati rangkaian 4G yang baharu dan lebih baik,” katanya. - BERNAMA