Langganan itu bagi memudahkan urusan pelaburan langsungnya dalam pembinaan loji janakuasa elektrik di India.

TNB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, GBHH sedang membina loji 180 mW di negeri Himachal Pradesh.

Menurut syarikat tenaga itu, keseluruhan projek kini berada pada tahap 78 peratus dan loji itu dijangka memulakan operasi komersial menjelang Oktober 2019.

“Pelaburan ini selari dengan strategi TNB yang mahu mengembangkan portfolio aset tenaga di India di samping mengukuhkan komitmen untuk meningkat portfolio tenaga boleh diperbaharui (RE),” katanya di sini hari ini.

Tambah TNB, subsidiari milik penuhnya, TNB Topaz Energy Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian dengan GBHH, GMR Energy Ltd. dan GMR Infrastructure Ltd. hari ini.

Katanya, CCD berkenaan mempunyai tempoh 30 tahun dan akan ditukar kepada pegangan ekuiti sebanyak 30 peratus sebelum tempoh berakhir.

“Langganan itu dibiayai melalui gabungan antara dana dalaman dan pinjaman,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE