Pemangku Naib Presi­den Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, unifi yang memiliki 2.5 juta pengguna itu sebahagian besarnya terdiri daripada segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, sehingga kini, pihaknya berjaya menaik taraf lebih daripada 910,000 pelanggan unifi dan lebih 66 peratus daripada 340,000 pe­langgan Streamyx yang tinggal di kawasan liputan unifi telah dinaik taraf kepada unifi, pada harga sama dengan pelan semasa mereka.

“Baki 130,000 pelanggan Streamyx yang masih belum merebut peluang untuk dinaik taraf secara percuma ini, mereka digalakkan berbuat demikian.

“Kami berhasrat untuk menyelesaikan aktiviti naik taraf kelajuan ini pada Mac 2019,” katanya dalam majlis pengumuman pelan unifi Mobile bertemakan #khabarbaik di sini hari ini.

Empat pelan data mudah alih yang lebih jimat bagi unifi Mobile terbaharu, meliputi unifi Mobile 19, unifi Mobile 29, unifi Mobile 39 dan unifi Mobile 59.

TM pada 2017 sebelum ini telah memperkenalkan pelan unifi Mobile 99.

Pelan baharu yang lebih khusus itu akan memastikan semua peringkat mempunyai pelan yang tepat bagi meme­nuhi keperluan pengguna, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.