Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Zukri Samat berkata, orang ramai dilihat terus kekal menyokong dana umat Islam untuk mengerjakan haji berkenaan.

“Malah saya diberitahu setakat harini, sebanyak 170 orang membuka akaun TH,” katanya dalam sidang akhbar penstrukturan dan pemulihan TH di sini hari ini.

TH bakal menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) yang akan diletakkant di bawah MoF Inc. bertujuan menstabilkan imbangan tunai dan mempercepatkan pemulihan kewangan kumpulan,

Zukri berkata, aset berprestasi rendah (underperforming) bernilai kira-kira RM19.9 bilion akan dipindahkan ke dalam SPV berkenaan untuk diterbitkan sebagai sukuk dan Saham Keutamaan Boleh Ubah Boleh Tebus Islam (RCPS-i).

“Aset berprestasi rendah itu terdiri daripada syarikat pelaburan ekuiti dan hartanah,” katanya. - UTUSAN ONLINE