Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn. Bhd. Bryan Loo, pihaknya merancang untuk membuka dua buah lagi cawangan Tealive di negara tersebut menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, cawangan pertamanya di Brunei mula beroperasi secara rasmi pada 7 julai lalu dan menyifatkan sambutan yang diterima dari para pelanggan di Brunei sebagai sungguh memberangsangkan.

“Jika sambutan yang diterima pada Ahad lalu adalah memberangsangkan, pastinya sambutan yang diterima pada Isnin adalah lebih menggalakkan kerana jualan kami telah meningkat dengan mendadak dan mencapai lebih daripada 1,000 cawan teh pada hari pertama kami mula beroperasi sepenuhnya.

“Kami amat bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh pelanggan di Brunei dan pada masa yang sama, kami juga amat berbangga kerana sebagai sebuah jenama yang berasal dari Malaysia, kami telah berjaya menunaikan keperluan para peminat teh di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE