Pengarah Urusan Kumpulan MMC dan Pengerusi TBP Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata lokasi strategik terminal itu akan menjadikannya sebagai pelabuhan penting bagi import dan eksport dari wilayah tengah dan Wilayah Guangdong di China.

“Dengan perkhidmatan kapal kontena baharu ini, peluang untuk mengimport dan mengeksport barangan ke dan dari Melaka akan meningkat dengan ketara menerusi laluan laut, dengan laluan bulanan ke China sebagai permulaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini TBP mengendalikan kargo konvensional dan ia mempunyai potensi yang amat besar untuk dibangunkan sebagai pintu masuk bagi mengendalikan kargo kontena untuk memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang di Melaka dan wilayah tengah Semenanjung Malaysia serta negara-negara jirannya.

TBP baru-baru ini menyambut kedatangan MV West Scent, kapal kontena pertama yang singgah di terminalnya di TBP. - BERNAMA