Delegasi seramai 22 orang itu tiba kira-kira pukul 3 petang dan disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan, Datuk Dr. A. Ganesan.

Dalam lawatan berkenaan, satu sesi perbincangan bagi mengeratkan hubungan dan meneroka jalinan kerjasama yang boleh diterokai antara kedua-dua organisasi.

Sebaik selesai, kesemua tetamu dibawa melawat Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani; Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dan Pengurus Besar Kanan (Haji), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Turut sama, Timbalan Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah; Penolong Pengarang Utusan Malaysia/Prosesan, Rozaman Ismail; Penolong Pengarang Utusan Malaysia/Berita, Zulkiflee Bakar; Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman; Pengarang Kanan Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa dan Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan, Nazlan Osman.

Hadir sama, Pengarang Kanan Meja Luar Negara, Mowardi Mahmud; Pengarang Kanan Mega, Gamal Nasir Mohd. Ali; Pengarang Meja Ekonomi, Johardy Ibrahim dan Pengarang Meja Agama, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE