Ketua Pegawai Eksekutif Stmy, Dr. Abdul Reezal Abdul Latif berkata, Program Penyelesaian SMX turut memberi peluang kepada syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) untuk mengutarakan masalah yang dihadapi kepada para SMX untuk diselesaikan .

"Program ini terbuka kepada SMX dari semua bidang yang dapat memberikan penyelesaian yang inovatif kepada PKS Malaysia untuk mencari jawapan kepada masalah perniagaan dan perindustrian mereka agar mereka dapat memperoleh kedudukan yang lebih kukuh di pasaran dan industri," katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE