Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Azuddin Rahman berkata, produk SimplySiti yang kini sudah berada di Brunei me­nyumbang lima peratus kepada aktiviti eksport kumpulan.

Katanya, syarikat me­nyasarkan operasi di luar negara akan memberi sumbangan perolehan kepada 60 peratus pada 2020 didorong pelan peluasan yang agresif dalam tempoh dua tahun ini.

“Dua destinasi pertama di Indonesia adalah Jakarta dan Bogor,” katanya dalam majlis menandatangani kerjasama di antara CIMB Islamic dan ­SimplySiti di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Pengasas SimplySiti, ­Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Kumpulan CIMB Group, Rafe Haneef.

Menrut Rafe, CIMB Islamic memainkan peranan sebagai pemberi kemudahan pembiayaan kepada SimplySiti, dan jenama tempatan itu juga akan menerima sokongan daripada Koridor Halal CIMB-ASEAN serta rangkaian serantau kumpulan yang kukuh.

“Menerusi kerjasama ini, kami teruja untuk memudahkan langkah SimplySiti mencapai pertumbuhan dengan mengambil peluang di dalam perniagaan halal di ASEAN.

“Sokongan transaksi dan perbankan akhir ke akhir juga menyumbang kepada pe­ngukuhan nilai kami untuk membantu perniagaan seperti SimplySiti membina perniagaan halal rentas sempadan,” katanya.

Jenama SimplySiti sudah bertapak di dalam negara sejak 2010 dan kini boleh didapati di Watsons, AEON, butik Creacion & SimplySiti By Siti Nurhaliza dan laman web SimplySiti serta gedung dalam talian, Shopee.

Produk SimplySiti yang terdiri daripada produk kosmetik, kecantikan dan minyak wangi mempunyai sijil halal dari Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).