Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri berkata, Lau menggantikan Datuk Tong Poh Keow yang telah bersara daripada jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada 31 Mac 2019.

“Kami mengalu-alukan Lau dalam keluarga Sime Darby Property. Pengalaman dan pengetahuan beliau yang mendalam akan memperkukuhkan lagi barisan pengurusan kanan syarikat.

“Beliau akan bertanggungjawab dalam menyelia segala urusan pengurusan kewangan Kumpulan, terutamanya menyediakan kepimpinan kewangan strategik dan sokongan kepada pengurusan kanan dan lembaga pengarah, melaksanakan inisiatif transformasi di semua segmen perniagaan untuk mencapai tahap kecekapan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum menyertai Sime Darby Property, Lau adalah Ketua Pegawai Kewangan bagi Malaysia Land Sdn. Bhd., Hatten Land Limited dan IOI Properties Group Bhd. -UTUSAN ONLINE