SC berkata, kertas rundingan pertama membincangkan rangka kerja yang dicadangkan, antara lain bagi kelayakan penerbit, keperluan bagi penzahiran yang telus dan mencukupi serta penggunaan hasil ICO.

Manakala kertas rundingan kedua pula katanta mengenai rangka kerja penjanaan dana awam hartanah ramai susulan daripada pengumuman Bajet 2019, yang mengenal pasti platform pendanaan awam sebagai saluran bagi sumber pendanaan alternatif kepada pembeli rumah kali pertama di samping menyediakan pelabur akses kepada kelas aset baharu.

“SC mempelawa maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja pengawalseliaan tersebut, yang antara lain, akan menetapkan keperluan kelayakan pembeli rumah kali pertama, kriteria hartanah yang boleh disenaraikan di platform tersebut, obligasi pengendali platform dan had pembiayaan.

Kedua-dua kertas rundingan boleh didapati di laman sesawang SC, dan orang ramai boleh mengemukakan komen mereka kepada [email protected] sebelum 29 Mac 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE