SC berkata, Liang Heng yang merupakan akauntan terlatih mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang kewangan korporat dan memiliki Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Sosial dari University of Manchester, United Kingdom.

“Beliau akan bertanggungjawab ke atas projek-projek khas dan inisiatif di SC dan akan terbabit secara aktif dalam penglibatan dan penyelarasan bersama pihak berkepentingan untuk membangunkan cadangan atau dasar baharu untuk kemajuan pasaran modal Malaysia,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE