Dinamakan sebagai Ga­laxy S8 Active, telefon pintar itu berjaya melepasi ujian ketenteraan, bersesuaian bagi mereka yang terlibat dalam bidang sukan dan pembinaan.

Menurut Samsung, buat masa ini, Galaxy S8 Active tersebut hanya akan ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat (AS) sahaja dengan AT&T Inc. sebagai pembekal rangkaian.

Telefon pintar berke­naan ditawarkan pada harga jualan AS$800 (RM3,428) iaitu AS$100 (RM428) lebih mahal berbanding Galaxy S8 biasa.

Galaxy S8 Active hadir dengan spesifikasi serupa seperti S8 biasa termasuk cip pemprosesan Snapdragon 835, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB dan kamera belakang 12-megapixel.

Namun, kelebihannya ada­lah ia dilengkapi de­ngan bateri berkapasiti 4,000mAh, berbeza de­ngan 3,000mAh pada S8 dan 3,500mAh pada S8+.

Perbezaan utama adalah dari segi reka bentuk dan ketahanannya yang lebih tebal serta kukuh menjadikannya kalis pe­cah, air dan debu.

Pengenalan produk itu diadakan beberapa minggu sebelum acara media rasmi Samsung yang dijangka memperkenalkan telefon pintar baharu, Galaxy Note 8 pada 23 Ogos ini. – Agensi