Menurut Samsung Malaysia, program berkenaan turut menunjukkan pe­ng­alaman menggunakan aplikasi itu yang mudah dan selamat serta terdapat dalam hampir semua peranti Samsung sempena pelancaran rasmi Samsung Pay di Malaysia pada 24 Februari.

Jelas syarikat berke­naan, orang ramai yang hadir ke Samsung Pay Day juga akan menikmati beberapa promosi istimewa daripada bank yang me­nyertai program tersebut.

“Seramai 100 pengguna Samsung Pay terawal setiap hari yang melakukan tiga transaksi bernilai minimum RM30 dalam satu hari akan menerima pengecas tanpa wayar Samsung berharga RM279.

“Samsung juga akan menghadiahkan satu mo­del telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge bernilai RM3,099 kepada pengguna Samsung Pay yang berbelanja paling tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aplikasi perkhidma­­tan pembayaran mudah alih, Samsung Pay yang diperkenalkan di Malaysia penghujung tahun lalu memudahkan pengguna membuat pembayaran tanpa perlu membawa kad kredit dan kad debit.

Perkhidmatan Samsung Pay di Malaysia boleh digunakan dalam peranti Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, Galaxy Note 5, Ga­laxy S6 Edge+ dan Galaxy A Series (versi 2016 dan 2017).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi yang terdapat semasa Samsung Pay Day dengan melayari laman web www.samsung.com/my/samsungpay.