Menurut Bursa Securities, pengeluar produk plastik itu tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria PN17 di bawah keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

Katanya, Bursa Securities menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau kemajuan syarikat PN17 berkaitan pematuhannya dengan syarat penyenaraian.

“Dengan meningkatkan taraf RGT dari klasifikasi sebagai syarikat PN17, kini terdapat 20 syarikat di bawah PN17 yang mewakili 2.18 peratus daripada 918 syarikat yang tersenarai di Bursa Securities pada 22 Februari 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

RGT sebelum ini dikenali sebagai Asia Knight Bhd.

Sebanyak 20 syarikat lain yang masih berstatus PN17 antaranya Amtek Holdings Bhd., APFT Bhd. Berjaya Media Bhd., Bertam Alliance Bhd., China Automobile Parts Holdings Limited dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. - UTUSAN ONLINE